مقدمة

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله نحمده و نستعينه و نستغفره و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له و من يضلل فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له و أشهد أن محمدا عبده و رسوله صلى الله عليه و أله و صحبه و من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

Tuesday, 25 June 2013

حروف النواصب

bila berubah baris akhir kalimah..maka berubahlah 'irabnya..

.أَنْ : حَرْفُ نَصْبٍ
 يَفْعَلَ : فِعْلٌ مُضَارِعٌ مَنْصُوبٌ وَ عَلاَمَةُ نَصْبِهِ فَتْحَةٌ لِأَنَّهُ مِنَ الْمضارعِ لم يتصل. فاعله ضمير مستتر جوازا تقديره هو.

أَنْ : حَرْفُ نَصْبٍ
يفعلا : فِعْلٌ مُضَارِعٌ مَنْصُوبٌ وَ عَلاَمَةُ نَصْبِهِ حَذْفُ النُّونِ لِأَنَّهُ مِنَ الْمضارعِ الخَمْسِ. فاعله ضمير مستتر جوازا تقديره هما


أَنْ : حَرْفُ نَصْبٍ
يفعلن : فعل مضارع مبني على السكون لاتصال نون جمع الإناث. فاعله ضمير مستتر جوازا تقديره هن

Saturday, 22 June 2013

باب منصوبات الأسماء (bab bagi segala yang dinasabkan daripada isim-isim)

Bermula ini bab pada menyatakan segala yang dinasabkan daripada isim2.

bermula segala yang dinasabkan itu 15 perkara dan iaitu 1-maf'ul bih (akan) dan 2-masdar/maf'ul mutlak (sebagai) dan 3-zorof zaman/masa (pada) dan zorof makan/tempat (pada) dan 4-hal (hal keadaannya) dan 5-tamyiz (nisbah) dan 6-mustathna (kecuali/melainkan) dan 7-isim LA dan 8-munada (yang diseru/dipanggil) dan 9-khobar kana dan 10-saudaranya dan 11-isim inna dan 12-saudaranya dan 13-maf'ul min ajlih/lah (kerana) dan 14-maf'ul ma'ah (serta) dan 15-tabi' bagi mansub (yang mengikut) dan iaitu 4 perkara yang terdahulu sebutnya : 1-na'at
dan 2-'ataf dan 3-taukid dan 4-badal.

باب البدل







Ini bab pada menyatakan badal (ganti).

apabila diganti akan isim daripada isim atau fi'el daripada fi'el nescaya mengikut ia akan dia pada semua 'irabnya.dan ia (badal) itu 4



bahagi : 1-badal suatu daripada suatu. 2-badal separuh daripada semua. 3-badal yang melengkapi. 4-badal tersalah. umpama perkataanmu telah datang oleh zaid,saudara lelakimu , dan  telah makan olehku akan roti,suku daripadanya , dan memberi manfaat akan daku oleh zaid,ilmunya , dan telah melihat olehku akan zaid,kuda telah menghendaki olehmu akan bahawa berkata olehmu akan kuda maka tersalah olehmu maka mengganti olehmu akan zaid daripadanya. و الله اعلم


Friday, 21 June 2013

باب التوكيد menguatkan perkataan/menyungguhkan






bermula taukid itu isim yang mengikut ia bagi yang diperkuatkan akan dia pada rafu'nya dan nasabnya dan jarnya dan ma'rifahnya dan adalah ia dengan lafaz2 yang maklum (diketahui) dan iaitu nafs dan 'ain dan kullu dan ajma' dan pengikut2 ajma' dan iaitu  akta' dan abta' dan abso', berkata olehmu telah berdiri oleh zaid sendirinya dan telah melihat olehku akan kaum semuanya dan telah berlalu olehku dengan kaum semuanya.

و الله أعلم

Thursday, 20 June 2013

باب العطف

dan bermula huruf  'ataf itu 10 dan iaitu wau (dan) dan fa' (maka) dan thumma (kemudian) dan au (atau) dan am (atau) dan imma (adakala/sama ada) dan bal (bahkan/tetapi) dan la (tidak) dan lakin (tetapi) dan hatta (hingga) pada sesetengah tempat. maka jika meng'ataf olehmu dengan dia atas




isim yang dirafu'kan nescaya merafu' olehmu akan dia atau atas manshub nescaya menasab olehmu atau atas majrur nescaya menjar olehmu atau atas majzum nescaya manjazam olehmu . berkata olehmu telah berdiri oleh zaid dan amar dan telah melihat olehku akan zaid dan amar dan telah berlalu olehku dengan zaid dan amar.

و الله أعلم

Wednesday, 19 June 2013

باب النعت - sifat (yang)






INI BAB SIFAT

bermula na'at itu kalimah yang mengikut ai bagi yang diikut akan dia pada rafu'nya dan pada nasabnya dan pada khafadhnya (jarnya) dan pada ma'rifahnya dan pada nakirahnya, berkata olehmu


telah datang oleh zaid yang beraqal dan telah melihat oleh aku akan zaid yang beraqal dan telah lalu oleh aku dengan zaid yang beraqal.
dan bermula ma'rifah itu 5 perkara : 1 isim mufrad seumpama aku dan engkau. 2 isim 'alam seumpama zaid dan makkah. 3 isim mubham (kesamaran) umpama ini (1 muzakkar) dan ini (1 muannath) dan ini (jama'). 4 isim yang ada padanya alif dan lam dipangkal umpama lelaki dan budak lelaki. 5 barang yang disandarkan kepada satu daripada ini yang empat. dan bermula nakirah itu tiap-tiap isim yang masyhur dalam jenisnya yang tidak menentu dengan dia oleh oleh satu yang lain. dan bermula ta'rifnya (definasinya) ialah tiap2 barang yang patut/boleh masuk alif dan lam atasnya umpama lelaki dan kuda.

و الله أعلم

Sunday, 16 June 2013

باب العوامل الداخلة على المبتداء و الخبر




Bermula ini bab pada membicarakan 'amil2 yang masuk ia diatas mubtada' dan khabar dan ia tiga perkara : كان dan saudara2nya dan إن dan saudara2nya dan ظننت dan saudara2nya. Maka adapun كان dan saudaranya sesungguhnya ia (3) merafu' ia akan isim (mubtada) dan menasab ia akan khabar dan ia كان (adalah) dan أمسى (berpetang) dan أصبح (berpagi) dan أضحى (berduha) dan ظل (sentiasa) dan بات (bermalam) dan صار (jadi) dan ليس (tiada) dan ما زال (sentiasa)
dan ما انفك (sentiasa) dan ما فتئ (sentiasa) dan ما برح (sentiasa) dan ما دام (sentiasa) dan barang yang terhurai daripadanya, umpama perkataanmu كان و يكون و كن و أصبح و يصبح و اصبح berkata olehmu adalah zaid itu orang yang berdiri dan tiadalah umar itu orang yang menyangkung (duduk congok) dan barang yang menyerupai ia akan yang demikian itu.
Dan adapun إن dan saudaranya maka sesungguhnya ia menasab ia akan isim (mubtada) dan merafu' ia akan khabar dan ia
إن (sesungguhnya) dan أن (bahawa) dan لكن (tetapi) dan كأن (seolah-olah) dan  ليت (mencita-cita) dan  لعل (mudah-mudahan/semoga), berkata olehmu sesungguhnya zaid itu orang yang berdiri dan moga-moga umar itu orang yang bercangkung. dan barang yang menyerupai akan yang demikian itu. Dan bermula makna إن dan أن itu bagi menguatkan/menyungguhkan/mengiakan dan كأن bagi menyerupakan/menyamakan dan لكن bagi mengecualikan dan ليت bagi mencita-citakan dan لعل bagi mengharapkan dan berlaku sungguh. Dan adapun ظننت dan saudaranya maka sesungguhnya ia menasab ia akan mubtada dan khabar atas bahawasanya keduanya itu jadi maf'ulani (dua yang dibuat akan dia) baginya dan ia ظننت dan حسبت dan  خلت dan  زعمت dan رأيت dan علمت dan وجدت dan اتخذت dan جعلت dan سمعت , berkata olehmu telah sangka olehku akan zaid akan pulang ia dan telah menyangka olehku akan umar akan orang yang bercangkung dan barang yang menyerupai ia akan yang demikian itu..

و الله أعلم

باب المبتداء و الخبر












Bermula mubtada iaitu isim yang dirafu' akan dia yang sunyi ia



daripada segala 'amil2 (yang beramal) yang bangsa lafaz.
Dan bermula khabar iaitu isim yang dirafu' akan dia yang disandarkan kepadanya seumpama perkataan engkau bermula zaid (mubtada) itu orang yang berdiri (khabar) dan bermula 2 orang zaid itu 2 orang yang berdiri dan bermula beberapa orang zaid itu beberapa orang yang berdiri. Dan bermula mubtada itu 2 bahagi : yang zahir dan yang disembunyikan. Maka bermula yang zahir itu barang yang telah terdahulu sebutnya (dalam bab fa'il dan maf'ul). Dan isim mudhmar (yang disembunyikan) itu 12 dan iaitu aku dan kami dan engkau (1 lelaki) dan engkau  (1 perempuan) dan kamu 2 orang lelaki/perempuan dan kamu ramai lelaki dan kamu ramai perempuan dan dia (1 lelaki) dan dia (1 perempuan) dan dia 2 orang lelaki/perempuan dan mereka ramai lelaki dan mereka ramai perempuan. bermula yang demikian itu seumpama perkataanmu bermula aku ini orang yang berdiri  dan bermula kami ialah orang yang berdiri dan barang yang menyerupailah ia akan yang demikian itu.
Dan bermula khabar itu 2 bahagi : mufrad (tunggal/satu perkataan) dan tidak mufrad (2 perkataan atau lebih). maka bermula khabar yang mufrad itu seumpama perkataanmu bermula zaid itu orang yang berdiri dan bermula 2 orang zaid itu 2 orang yang berdiri dan bermula beberapa orang zaid itu beberapa orang yang berdiri. Dan khabar yang tidak mufrad itu pula 4 perkara : jar (huruf yang membawahkan akhir kalimah isim) dan majrur (isim yang dikasrahkan akhir kalimahnya) dan zhoraf dan fi'el serta fa'elnya dan mubtada serta khabarnya seumpama perkataanmu bermula zaid itu didalam rumah dan bermula zaid itu disisi engkau dan bermula zaid itu yang telah berdiri oleh ayahnya dan bermula zaid iaitu yang bermula khadam perempuannya itu seorang perempuan yang berjalan dan barang yang menyerupai ia akan yang demikian itu..

و الله أعلم

باب الفاعل و باب المفعول








Bermula fa'il itu iaitu nama yang dirafu' akan dia,yang disebut sebelumnya akan kata perbuatan dan ia atas 2 bahagi. 1 - isim zahir (nyata) , 2 - isim mudhmar (yang disembunyikan dalam kata perbuatan). Dan bermula isim zahir itu seumpama kata engkau telah berdiri oleh zaid dan sedang berdiri oleh zaid dan telah berdiri oleh 2 orang zaid dan sedang berdiri oleh 2 orang zaid dan telah berdiri oleh beberapa (3 keatas) orang zaid dan sedang berdiri oleh ramai zaid dan telah berdiri oleh saudara lelakimu dan sedang berdiri oleh saudara lelakimu . Dan isim mudhmar pula seumpama perkataanmu telah memukul oleh aku dan telah memukul oleh kami dan telah memukul oleh engkau seorang lelaki dan telah memukul oleh engkau seorang perempuan dan telah memukul oleh engkau 2 orang lelaki/perempuan dan telah memukul oleh kamu ramai lelaki dan telah memukul oleh kamu ramai perempuan dan telah memukul oleh dia sorang lelaki dan telah memukul oleh dia seorang perempuan dan telah memukul oleh dia 2 orang lelaki/perempuan
dan telah memukul oleh mereka ramai lelaki dan telah memukul oleh mereka ramai perempuan.

BAB BAGI ISIM2 YANG DIBUAT AKAN DIA YANG TIDAK DINAMAKAN/DISEBUTKAN PEMBUATNYA dan iaitu isim yang dirafu'kan yang tidak disebut sertanya akan pembuatnya. Maka jika adalah kata perbuatan itu yang telah berlalu (fi'il madhi) didhommah akan awalnya dan dikasrahkan kalimah sebelum akhirnya (yakni kalimah yang kedua dari belakang). Dan jika adalah ia yang sedang berlaku (fi'il mudhori') didhommah akan awalnya dan difathah akan kalimah yang sebelum akhirnya dan ia atas 2 bahagi. 1 - isim zahir , 2 - isim mudhmar. Maka bermula isim zahir itu seumpama perkataanmu  telah dipukul akan zaid dan sedang dipukul akan zaid dan telah dimulia akan umar dan sedang dimulia akan umar. Dan isim mudhmar pula seumpama perkataanmu telah dipukul akan daku dan telah dipukul akan kami dan telah dipukul akan dikau/engkau seorang lelaki dan telah dipukul akan dikau seorang perempuan dan telah dipukul akan kamu 2 orang lelaki/perempuan dan telah dipukul akan kamu ramai lelaki dan telah dipukul akan kamu ramai perempuan dan barang yang menyerupai akan yang demikian itu..

والله أعلم

باب المرفوعات الأسماء



BAB BAGI SEGALA YANG DIRAFU'KAN DARIPADA NAMA2

Bermula yang dirafu'kan itu 7 perkara dan iaitu ISIM FA'IL (yang membuat) dan ISIM MAF'UL (yang dibuat akan dia) yang tidak dinamakan pembuatnya





dan MUBTADA (yang duduk pada permulaan ayat) dan KHABARnya (yang menerangkan mubtada) dan ISIM bagi كان  dan saudara2nya dan KHABAR bagi أن dan saudara2nya dan تابع (yang mengikut) bagi isim marfu' dan iaitu 4 perkara na'at (sifat) dan 'athof (mengikut dengan perantaraan huruf) dan taukid (penguat kata) dan badal (ganti).

Wednesday, 15 May 2013

باب الأفعال

bab fi'il2

fi'il2 itu 3 iaitu madhi (telah berlaku) dan mudhori' (sedang'lagi akan berlaku) dan amar (suruh) umpama katamu telah memukul oleh dia (seorang lelaki)  dan sedang/lagi akan memukul oleh dia (seorang lelaki) dan hendaklah memukul olehmu (seorang lelaki). maka bermula fi'il madhi itu difathahkan akhirnya selamanya dan amar itu dijazamkan akhirnya selamanya dan fi'il mudhori' itu barang yang adalah pada awalnya (barang) itu salah satu huruf tambahan yang 4
hal keadaan menghimpun akan dia oleh katamu أنيت dan ia dirafu'kan selamanya hingga masuk atasnya oleh nasib (yg menasabkan) maka menasab nasib akan dia atau jazim (yg menjazamkan) maka menjazam jazim akan dia. maka nasib2 itu 10 dan ia أن dan لن dan إذا dan كى dan لكى dan ل الجحود dan حتى dan jawab dengan ف dan و dan أو . dan jazim2 itu 18 dan ia لم dan لما dan ألم dan ألما dan ل amar dan doa dan لا pada nahi dan doa dan إن dan ما dan مهما dan إذما dan أي dan متى dan أيان dan أنى dan حيثما dan كيفما dan إذا dalam syair khasnya..

المعربات

1 bahagian di'irab akan dia dengan baris-baris dan 1 bahagian di'irab akan dia dengan huruf-huruf. Maka bermula yang di'irab akan dia dengan baris-baris itu 4 bagai iaitu isim mufrad dan jama' taksir (bercerai hurufnya) dan jama' muannath salim dan fi'il mudhori' yang tidak berhubung dengan akhirnya oleh sesuatu pun dan semuanya di rafu'kan dengan dhommah dan di nasabkan akan dia dengan fathah dan di khofadhkan akan dia dengan kasrah dan di jazam akan dia dengan sukun. dan keluar daripada yang demikian itu oleh 3 perkara iaitu jama' muannath salim di nasab akan dia dengan kasrah dan isim yang tidak terima tanwin di khofadh akan dia dengan fathah dan fi'il mudhori' yang cedera(ada huruf 'ilat-ا و ى) akhirnya di jazam akan dia dengan membuang akhirnya. Dan bermula yang di'irab akan dia dengan huruf2 itu 4 bagai iaitu tathniah dan jama' muzakkar salim dan isim2 yang 5 dan fi'il2 yang 5 dan iaitu يفعلان
dan تفعلان dan يفعلون dan تفعلون dan تفعلين . maka adapun tathniyah maka dirafu' akan dia dengan alif dan dinasab dan dikhofadh akan dia dengan yaa. dan adapun jama' muzakkar salim maka dirafu' akan dia dengan wau dan dinasab dan dikhofadh akan dia dengan yaa. dan adapun isim2 yang 5 maka dirafu' akan dia dengan wau dan dinasab akan dia dengan alif dan dikhofadh akan dia dengan yaa. dan adapun fi'il2 yang 5 maka dirafu' akan dia dengan nun dan dinasab dan dijazam akan dia dengan buang nun..