مقدمة

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله نحمده و نستعينه و نستغفره و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له و من يضلل فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له و أشهد أن محمدا عبده و رسوله صلى الله عليه و أله و صحبه و من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

Sunday, 16 June 2013

باب العوامل الداخلة على المبتداء و الخبر




Bermula ini bab pada membicarakan 'amil2 yang masuk ia diatas mubtada' dan khabar dan ia tiga perkara : كان dan saudara2nya dan إن dan saudara2nya dan ظننت dan saudara2nya. Maka adapun كان dan saudaranya sesungguhnya ia (3) merafu' ia akan isim (mubtada) dan menasab ia akan khabar dan ia كان (adalah) dan أمسى (berpetang) dan أصبح (berpagi) dan أضحى (berduha) dan ظل (sentiasa) dan بات (bermalam) dan صار (jadi) dan ليس (tiada) dan ما زال (sentiasa)
dan ما انفك (sentiasa) dan ما فتئ (sentiasa) dan ما برح (sentiasa) dan ما دام (sentiasa) dan barang yang terhurai daripadanya, umpama perkataanmu كان و يكون و كن و أصبح و يصبح و اصبح berkata olehmu adalah zaid itu orang yang berdiri dan tiadalah umar itu orang yang menyangkung (duduk congok) dan barang yang menyerupai ia akan yang demikian itu.
Dan adapun إن dan saudaranya maka sesungguhnya ia menasab ia akan isim (mubtada) dan merafu' ia akan khabar dan ia
إن (sesungguhnya) dan أن (bahawa) dan لكن (tetapi) dan كأن (seolah-olah) dan  ليت (mencita-cita) dan  لعل (mudah-mudahan/semoga), berkata olehmu sesungguhnya zaid itu orang yang berdiri dan moga-moga umar itu orang yang bercangkung. dan barang yang menyerupai akan yang demikian itu. Dan bermula makna إن dan أن itu bagi menguatkan/menyungguhkan/mengiakan dan كأن bagi menyerupakan/menyamakan dan لكن bagi mengecualikan dan ليت bagi mencita-citakan dan لعل bagi mengharapkan dan berlaku sungguh. Dan adapun ظننت dan saudaranya maka sesungguhnya ia menasab ia akan mubtada dan khabar atas bahawasanya keduanya itu jadi maf'ulani (dua yang dibuat akan dia) baginya dan ia ظننت dan حسبت dan  خلت dan  زعمت dan رأيت dan علمت dan وجدت dan اتخذت dan جعلت dan سمعت , berkata olehmu telah sangka olehku akan zaid akan pulang ia dan telah menyangka olehku akan umar akan orang yang bercangkung dan barang yang menyerupai ia akan yang demikian itu..

و الله أعلم

No comments:

Post a Comment