مقدمة

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله نحمده و نستعينه و نستغفره و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له و من يضلل فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له و أشهد أن محمدا عبده و رسوله صلى الله عليه و أله و صحبه و من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

Wednesday, 15 May 2013

المعربات

1 bahagian di'irab akan dia dengan baris-baris dan 1 bahagian di'irab akan dia dengan huruf-huruf. Maka bermula yang di'irab akan dia dengan baris-baris itu 4 bagai iaitu isim mufrad dan jama' taksir (bercerai hurufnya) dan jama' muannath salim dan fi'il mudhori' yang tidak berhubung dengan akhirnya oleh sesuatu pun dan semuanya di rafu'kan dengan dhommah dan di nasabkan akan dia dengan fathah dan di khofadhkan akan dia dengan kasrah dan di jazam akan dia dengan sukun. dan keluar daripada yang demikian itu oleh 3 perkara iaitu jama' muannath salim di nasab akan dia dengan kasrah dan isim yang tidak terima tanwin di khofadh akan dia dengan fathah dan fi'il mudhori' yang cedera(ada huruf 'ilat-ا و ى) akhirnya di jazam akan dia dengan membuang akhirnya. Dan bermula yang di'irab akan dia dengan huruf2 itu 4 bagai iaitu tathniah dan jama' muzakkar salim dan isim2 yang 5 dan fi'il2 yang 5 dan iaitu يفعلان
dan تفعلان dan يفعلون dan تفعلون dan تفعلين . maka adapun tathniyah maka dirafu' akan dia dengan alif dan dinasab dan dikhofadh akan dia dengan yaa. dan adapun jama' muzakkar salim maka dirafu' akan dia dengan wau dan dinasab dan dikhofadh akan dia dengan yaa. dan adapun isim2 yang 5 maka dirafu' akan dia dengan wau dan dinasab akan dia dengan alif dan dikhofadh akan dia dengan yaa. dan adapun fi'il2 yang 5 maka dirafu' akan dia dengan nun dan dinasab dan dijazam akan dia dengan buang nun..

No comments:

Post a Comment