مقدمة
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله نحمده و نستعينه و نستغفره و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له و من يضلل فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له و أشهد أن محمدا عبده و رسوله صلى الله عليه و أله و صحبه و من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين
الحمد لله نحمده و نستعينه و نستغفره و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له و من يضلل فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له و أشهد أن محمدا عبده و رسوله صلى الله عليه و أله و صحبه و من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين
Sunday 16 June 2013
باب المبتداء و الخبر
Bermula mubtada iaitu isim yang dirafu' akan dia yang sunyi ia
daripada segala 'amil2 (yang beramal) yang bangsa lafaz.
Dan bermula khabar iaitu isim yang dirafu' akan dia yang disandarkan kepadanya seumpama perkataan engkau bermula zaid (mubtada) itu orang yang berdiri (khabar) dan bermula 2 orang zaid itu 2 orang yang berdiri dan bermula beberapa orang zaid itu beberapa orang yang berdiri. Dan bermula mubtada itu 2 bahagi : yang zahir dan yang disembunyikan. Maka bermula yang zahir itu barang yang telah terdahulu sebutnya (dalam bab fa'il dan maf'ul). Dan isim mudhmar (yang disembunyikan) itu 12 dan iaitu aku dan kami dan engkau (1 lelaki) dan engkau (1 perempuan) dan kamu 2 orang lelaki/perempuan dan kamu ramai lelaki dan kamu ramai perempuan dan dia (1 lelaki) dan dia (1 perempuan) dan dia 2 orang lelaki/perempuan dan mereka ramai lelaki dan mereka ramai perempuan. bermula yang demikian itu seumpama perkataanmu bermula aku ini orang yang berdiri dan bermula kami ialah orang yang berdiri dan barang yang menyerupailah ia akan yang demikian itu.
Dan bermula khabar itu 2 bahagi : mufrad (tunggal/satu perkataan) dan tidak mufrad (2 perkataan atau lebih). maka bermula khabar yang mufrad itu seumpama perkataanmu bermula zaid itu orang yang berdiri dan bermula 2 orang zaid itu 2 orang yang berdiri dan bermula beberapa orang zaid itu beberapa orang yang berdiri. Dan khabar yang tidak mufrad itu pula 4 perkara : jar (huruf yang membawahkan akhir kalimah isim) dan majrur (isim yang dikasrahkan akhir kalimahnya) dan zhoraf dan fi'el serta fa'elnya dan mubtada serta khabarnya seumpama perkataanmu bermula zaid itu didalam rumah dan bermula zaid itu disisi engkau dan bermula zaid itu yang telah berdiri oleh ayahnya dan bermula zaid iaitu yang bermula khadam perempuannya itu seorang perempuan yang berjalan dan barang yang menyerupai ia akan yang demikian itu..
و الله أعلم
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment