مقدمة

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله نحمده و نستعينه و نستغفره و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له و من يضلل فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له و أشهد أن محمدا عبده و رسوله صلى الله عليه و أله و صحبه و من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

Sunday 16 June 2013

باب الفاعل و باب المفعول








Bermula fa'il itu iaitu nama yang dirafu' akan dia,yang disebut sebelumnya akan kata perbuatan dan ia atas 2 bahagi. 1 - isim zahir (nyata) , 2 - isim mudhmar (yang disembunyikan dalam kata perbuatan). Dan bermula isim zahir itu seumpama kata engkau telah berdiri oleh zaid dan sedang berdiri oleh zaid dan telah berdiri oleh 2 orang zaid dan sedang berdiri oleh 2 orang zaid dan telah berdiri oleh beberapa (3 keatas) orang zaid dan sedang berdiri oleh ramai zaid dan telah berdiri oleh saudara lelakimu dan sedang berdiri oleh saudara lelakimu . Dan isim mudhmar pula seumpama perkataanmu telah memukul oleh aku dan telah memukul oleh kami dan telah memukul oleh engkau seorang lelaki dan telah memukul oleh engkau seorang perempuan dan telah memukul oleh engkau 2 orang lelaki/perempuan dan telah memukul oleh kamu ramai lelaki dan telah memukul oleh kamu ramai perempuan dan telah memukul oleh dia sorang lelaki dan telah memukul oleh dia seorang perempuan dan telah memukul oleh dia 2 orang lelaki/perempuan
dan telah memukul oleh mereka ramai lelaki dan telah memukul oleh mereka ramai perempuan.

BAB BAGI ISIM2 YANG DIBUAT AKAN DIA YANG TIDAK DINAMAKAN/DISEBUTKAN PEMBUATNYA dan iaitu isim yang dirafu'kan yang tidak disebut sertanya akan pembuatnya. Maka jika adalah kata perbuatan itu yang telah berlalu (fi'il madhi) didhommah akan awalnya dan dikasrahkan kalimah sebelum akhirnya (yakni kalimah yang kedua dari belakang). Dan jika adalah ia yang sedang berlaku (fi'il mudhori') didhommah akan awalnya dan difathah akan kalimah yang sebelum akhirnya dan ia atas 2 bahagi. 1 - isim zahir , 2 - isim mudhmar. Maka bermula isim zahir itu seumpama perkataanmu  telah dipukul akan zaid dan sedang dipukul akan zaid dan telah dimulia akan umar dan sedang dimulia akan umar. Dan isim mudhmar pula seumpama perkataanmu telah dipukul akan daku dan telah dipukul akan kami dan telah dipukul akan dikau/engkau seorang lelaki dan telah dipukul akan dikau seorang perempuan dan telah dipukul akan kamu 2 orang lelaki/perempuan dan telah dipukul akan kamu ramai lelaki dan telah dipukul akan kamu ramai perempuan dan barang yang menyerupai akan yang demikian itu..

والله أعلم

No comments:

Post a Comment