dan sabitlah,tetaplah bagi nasab itu 5 tanda iaitu fathah (baris atas) dan huruf alif dan kasrah (baris bawah) dan huruf ya dan hazaf (buang) huruf nun. maka adapun fathah (baris atas) maka adalah ia jadi tanda bagi nasab pada 3 tempat iaitu pada isim mufrad dan jama' taksir dan pada fi'il mudhori' apabila masuk atasnya 'amil nasab dan tidak berhubung dengan yang akhirnya oleh sesuatu. dan adapun huruf alif maka jadi ia tanda bagi nasab pada segala isim yang lima contohnya telah melihat aku akan bapa engkau,dan akan saudara lelaki engkau dan barang yang menyerupai ia akan yang demikian itu. dan adapun kasrah (baris bawah) maka jadi ia tanda bagi nasab pada jama' muannath salim. dan adapun huruf ya maka jadi ia tanda bagi nasab pada 2 tempat iaitu pada tathniah(isim yg menunjuk kepada 2) dan jama'. dan adapun hazaf huruf nun maka jadi ia tanda bagi nasab pada segala fi'il2 yang bermula رفعها dengan tetap huruf nun..
dan sabitlah bagi khofadh 3 tanda
iaitu kasrah dan huruf ya dan fathah.. maka adapun kasrah maka jadi ia tanda bagi khofadh pada 3 tempat iaitu pada isim mufrad munsorif (yg terima tanwin) dan jama' taksir munsorif dan jama' muannath salim.. dan adapun huruf ya maka jadi ia tanda bagi khofadh pada 3 tempat iaitu pada segala isim 5 dan pada tathniah (isim yg menunjuk kepada bilangan 2) dan jama'... dan adapun fathah maka jadi ia tanda bagi khofadh pada isim yang tidak terima tanwin.. dan sabitlah bagi jazam itu 2 tanda iaitu sukun (tanda mati) dan hazaf (buang).. maka adapun sukun maka jadi ia tanda bagi jazam pada fi'il mudhori' yang sohih akhirnya.. dan adapun hazaf maka jadi ia tanda bagi jazam pada fi'il mudhori' yang mu'tal (ada huruf 'ilat) akhirnya dan pada segala fi'il yang bermula رفعها dengan sebab sabit nun.. فصل bermula yang di i'rab itu 2 bahagi
No comments:
Post a Comment